Majlis Ramadhan 3 dalam 1

//Majlis Ramadhan 3 dalam 1

Majlis Ramadhan 3 dalam 1

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 22 Ramadhan 1440/28Hb Mei 2019

Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS) telah mengadakan Majlis Ramadhan 3 dalam 1 iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim serta Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulangtahun RBTS yang ke 31 Tahun. Majlis berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis-Madang, Bandar Seri Begawan.

Tetamu-tetamu kehormat bagi majlis tersebut terdiri daripada Penghulu Mukim Madang, Yang Berhomat Penghulu Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon dan Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah RBTS, Yang Mulia Ainadin bin Cader. Turut hadir adalah Timbalan Setiausaha Tetap Kebeliaan dan Kesukanan, Yang Mulia Kolonel Bersara Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said dan Ketua Pegawai Eksekutif RBTS, Yang Mulia Kolonel Bersara Muzri bin Haji Mokhsin.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah Khatam, tahtim dan doa Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ketua Imam masjid tersebut, Imam Haji Jufri bin Haji Abidin.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan-sumbangan derma kepada 42 anak-anak yatim yang hadir dari kawasan Kampong Madang dan juga Kampong Manggis. Tujuan sumbangan-sumbangan tersebut adalah untuk menampung perbelanjaan anak-anak yatim bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Ulangtahun RBTS yang ke 31 Tahun dan diakhiri dengan Majlis berbuka puasa.

Antara yang hadir adalah Pegawai-Pegawai dan Ahli-Ahli Tenaga Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei serta Ahli Jawatankuasa masjid tersebut.

By | 2019-06-14T02:49:34+00:00 June 14th, 2019|News|Comments Off on Majlis Ramadhan 3 dalam 1

About the Author: